Syarikat mula memahami rentak dan tidak lagi membuang masa, dengan niat berkhidmat kepada masyarakat luar bandar, pada tahun 2020, kami membuka satu lagi cawangan di Talang, Kuala Kangsar. Menyedari nama QAP semakin dikenali dan tidak mahu terlepas, penduduk Kuala Kangsar begitu menyokong produk kami dan pelbagai pelusuk daerah itu datang berkunjung menikmati promosi produk kami antaranya dari Lenggong, Manong, Sayong, Padang Rengas, Bukit Chandan, Sg Siput malah dari Ipoh.
Selama tempoh 3 bulan dibuka, dunia dikejutkan dengan wabak Covid-19, syarikat terpaksa ditutup sementara bagi membendung pandemik berterusan. Namun selepas premis dibenarkan buka, sambutan menjadi semakin baik berikutan masyarakat menyedari perlindungn mata dan gajet bergerak sama penting. Dengan hikmah dan inspirasi ini, syarikat teruskan misi dengan mengembangkan sayap di suatu pedalaman iaitu di Trong pada tahun 2021.
Bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan dan kehilangan pekerjaan, syarikat terus berkhidmat membuka cawangan pada tahun yang sama iaitu di Ipoh dan Selama serta menubuhkan pejabat HQ di Kamunting sekaligus memulihkan peluang pekerjaan sehingga endemik. Ketika endemik juga, syarikat mula mencipta nama di Pulau Pinang dengan membuka cawangan ke-8 di Nibong Tebal pada Jun, 2022.
Alhamdulillah, pelanggan Pulau Pinang yang selama ini datang membuat cermin mata di cawangan kami di Kamunting & Bagan Serai sudah boleh menarik nafas lega kerana cawangan syarikat kami ini terletak sangat dekat dengan penduduk Pulau Pinang & Kedah. Terima kasih atas sokongan padu masyarikat sekeliling atas produk bumiputera.